Posts

Hijrah Kami

Image
Assalamualaikum..ermm lama tak mengjenguk ke sini,banyak tahun dah agaknya..Sebenarnya kami semua dah berhijrah dah, aku dah tak perlu nak berulang alik lagi, rumah pun dah dekat dengan tempat kerja..Alhamdulilah syukur pada Mu Ya Allah,permudahkan la urusan kami sekeluarga di tempat baru ni...Selamat datang Kuala Lumpurrrrrrrr

Kehidupan.....

Image
Dah lama tak buka blog ni.Rindu pun ada.Last post  pun hampir 3 tahun lepas.Dalam masa 3 tahun ini,banyak perubahan yang telah berlaku dalam hidup.Sedar tak sedar aku kembali semula ke Kuala Lumpur.Tiga tahun lepas aku lari dari kehidupan di Putrajaya,tapi takdir Allah menentukan segalanya.Hampir 2 minggu aku kembali bertugas di Kuala Lumpur. Ermmm Kuala Lumpur....Bagiku Kuala Lumpur ni tempat yang seronok untuk jalan-jalan,berhibur,shopping tapi bukan untuk bekerja atau tinggal disini.Sekarang ni aku berulang alik hampir 70km sehala setiap hari.Mungkin itula yang aku akan lakukan selama setahun ni atau mungkin 2 tahun atau mungkin lebih lagi.Hanya takdir yang dapat menentukan nya. Aku tak sanggup berjauhan dengan keluarga ku.Biarla penat sikit tapi asalkan dapat melihat wajah2 yang dirindu setiap hari.Anak-anak yang nak membesar,yang memerlukan perhatian dan kasih sayang serta tugas membantu isteri bagi melaksanakan tanggungjawab bersama membesarkan anak-anak. Tapi isunya disini a

Antara Berniaga & Makan Gaji.. mana lebih baik?

  Ini adalah satu persoalan yang kadangkala boleh menjadi sesuatu yang hangat untuk diperbincangkan. Orang2 yang makan gaji biasanya akan memberikan hujah.. ” Makan gaji ler senang.. cukup bulan mesti dapat gaji! Tak payah susah-susah nak pening kepala” ” Syarikat tempat saya bekerja amat bagus, selain dapat gaji yang tinggi, mereka turut memberikan saya perlindungan insurans, potongan KWSP, elaun rumah & kereta serta tanggungan perubatan untuk saya sekeluarga.” ” Saya kerja kerajaan, bila dah tua nanti senang! Dapat duit pencen!” Manakala orang yang berniaga pula akan berkata.. “Berniaga lah bagus.. kan 9/10 rezeki tu adalah dari perniagaan” “Dengan berniaga sendiri, saya adalah bos dan saya bebas untuk melakukan apa yang saya suka..” “Haw! haw! haw!…Pendapatan saya kini adalah 9 kali ganda lebih banyak dari pendapatan sewaktu bekerja makan gaji dulu.” Bila memikirkan persoalan ini, kadangkala, ia membuatkan saya merasakan seperti, berhenti kerja dan membuat

Percutian Keluarga...KOTA KINABALU

Image
Kesempatan bercuti bersama di Sabah baru-baru ni memberi seribu kenangan pada aku sekeluarga.Percutian selama 3 hari 2 malam membawa aku satu pengalaman kerana pertama kali menjejakkan kaki aku ke negeri Sabah.Aku pergi seramai 8 orang termasuk my hero,Awra Nashrullah.Emm agak penat jugak perjalan sebelum kami berlepas dari LCCT kerana aku terpaksa pulang ke kampung mengambil orang tua,mak sedara &seorang adikku.Dari rumah aku ke airport aku dihantar oleh seorang sahabatku Khairll Afizi (terima kasih banyak Zi) ke LCCT.Penerbangan kami selama selama 2 jam 30 minit dan selamat sampai di Bandar Kota Kinabalu tepat pada 12.30 tengah hari.Kami dijemput oleh owner homestay yang telah kami tempah terdahulu sebelum kami kesana.Terkejut jugak aku,rupanya dia seorang guru yang telah menetap selama 12 tahun di Tuaran Sabah,tapi yang penting ore kito jgk...Dia berasal dari Pasir puteh,Kelantan...hehehe..Cikgu Zul namanya,Lupa pulak nak tanya nama penuh dia pasalnya excited sangat nak gi cari

Aku & Awra Nashrullah

Image
Assalamualaikum semua.. Sangat lama aku tidak menengok blog aku ni,naseb baik aku masih ingat password nak bukanya.Emm setelah  hampir setahun aku tidak menulis apa-apa,seingat aku kali terakhir sebelum isteri aku melahirkan anak sulong aku,Awra Nashrullah Bin Amir Faisal...Nama yang dipersetujui oleh aku dengan isteri.Agak bangga aku bila sudah ada penyambung keturunanku kelak...hehehe..berbalik pada anak aku,sekarang sudah berumur 7 bulan.Alhamdulillah ketika isteriku melahirkannya,tiada masalah yang besar.Awra hadir dalam kehidupan kami berdua dengan penuh kesyukuranku pada Allah setelah berhempas pulas kami berusaha.Kini Awra makin membesar didepan mata kami berdua dan mengharapkan yang terbaik untuk anak aku kelak...Abi sayang Awra Nashrullah... Awra yang bijak Awra Nashrullah Bin Amir Faisal

Kelahiran...

Image
Agak lama  saya tidak menulis kerana dengan kesibukan kerja serta tidak sabar menanti kehadiran orang baru dalam keluarga saya.Satu debaran yang sukar digambarkan kerana menunggu kelahiran bayi pertama.Seronok,cemas,takot pun ada bercampur baur perasaan tersebut.Kesian tengok isteri macam dah larat bawa perot dia ke hulu ke hilir.Ada ketikanya aku berharap cepat-cepat baby kami kerana melihat isteri yang susah nak tido dan berjalan.Tapi apa pun aku berharap baby kami sehat bersama dengan isteriku.Aku berdoa supaya dipermudahkan segalanya..InsyaAllah... PETUA SEMASA PROSES KELAHIRAN BAYI - Proses meneran utk keluarkan baby 1. Jangan fokus pada sakit ingatkan yg kita tgh berusaha nak keluarkan seorg khalifah Allah ke dunia. 2. Jangan teran cepat sangat, biasanya gesaan (urge) meneran akan datang dengan sendirinya . Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm. Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran. 3. Posisi semasa nk me

Isteri

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya." Begitulah besarnya ha ... rga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan. Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami. Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami be