Kelahiran...

Agak lama  saya tidak menulis kerana dengan kesibukan kerja serta tidak sabar menanti kehadiran orang baru dalam keluarga saya.Satu debaran yang sukar digambarkan kerana menunggu kelahiran bayi pertama.Seronok,cemas,takot pun ada bercampur baur perasaan tersebut.Kesian tengok isteri macam dah larat bawa perot dia ke hulu ke hilir.Ada ketikanya aku berharap cepat-cepat baby kami kerana melihat isteri yang susah nak tido dan berjalan.Tapi apa pun aku berharap baby kami sehat bersama dengan isteriku.Aku berdoa supaya dipermudahkan segalanya..InsyaAllah...












PETUA SEMASA PROSES KELAHIRAN BAYI - Proses meneran utk keluarkan baby
1. Jangan fokus pada sakit ingatkan yg kita tgh berusaha nak keluarkan seorg khalifah Allah ke dunia.

2.
Jangan teran cepat sangat, biasanya gesaan (urge) meneran akan datang dengan sendirinya. Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm. Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran.

3.
Posisi semasa nk melahirkan..Dalam keadaan berbaring, buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali. Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor atau bidan menyambut kelahiran.

4.
Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan.. Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)

5. Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing)
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, dan teran sambil angkat badan (bkn angkat punggung ya..) mendekati lutut sambil dagu cecah ke dada...dgn satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat. Teran tanpa mengeluarkan suara untuk pastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemuanya, terus tarik nafas semula
, sebab, dikuatiri kalau lepaskan nafas kesemuanya, bayi akan termasuk kedalam semula atau tersekat.

Comments

  1. itulah.. bila mengandung.. ken bawa perut ke hulu ke hilir.. berat tau.. tapi itulah kasih ibu.. pengorbanan seorang ibu... harapnya bapa mesti lah hargainya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percutian Keluarga...KOTA KINABALU

Kehidupan.....