Percutian Keluarga...KOTA KINABALU

Kesempatan bercuti bersama di Sabah baru-baru ni memberi seribu kenangan pada aku sekeluarga.Percutian selama 3 hari 2 malam membawa aku satu pengalaman kerana pertama kali menjejakkan kaki aku ke negeri Sabah.Aku pergi seramai 8 orang termasuk my hero,Awra Nashrullah.Emm agak penat jugak perjalan sebelum kami berlepas dari LCCT kerana aku terpaksa pulang ke kampung mengambil orang tua,mak sedara &seorang adikku.Dari rumah aku ke airport aku dihantar oleh seorang sahabatku Khairll Afizi (terima kasih banyak Zi) ke LCCT.Penerbangan kami selama selama 2 jam 30 minit dan selamat sampai di Bandar Kota Kinabalu tepat pada 12.30 tengah hari.Kami dijemput oleh owner homestay yang telah kami tempah terdahulu sebelum kami kesana.Terkejut jugak aku,rupanya dia seorang guru yang telah menetap selama 12 tahun di Tuaran Sabah,tapi yang penting ore kito jgk...Dia berasal dari Pasir puteh,Kelantan...hehehe..Cikgu Zul namanya,Lupa pulak nak tanya nama penuh dia pasalnya excited sangat nak gi cari kedai makan...Lapar wei dok dalam kapal terbang tadi.Kami menyewa sebuah Proton Exora untuk memudahkan kami merayau-rayau disana.Naseb baik homestay tersebut dekat dengan bandar,dgn airport,dgn kedai...pendek kata memang beruntung lah duduk situ.

Tempat homestay kami di Cyber City Kota Kinabalu


Setelah selesai kami menyimpan barang kami dengan pantas kami mencari kedai makan bagi memenuhkan perot kami yang kelaparan.Tanpa berfikir panjang kami telah melepak di satu kedai mamak ni,makan dengan pantas skali,maklumla masing2 dah lapar dari tadi.Sepanjang percutian kami ni,banyak la tempat yang kami sempat lewati seperti Pasar Kraftangan,Pasar Filipine (btol ke x aku eja),Rumah Terbalik,Tamparuli dan yang paling penting kami sempat ke Pulau Manukan yang mana isteri aku idam2kan sesangat.Kami menaiki bot dari Jeti Jesselton ke pulau tersebut selama 15 minit.Seharian kami berenang di Pulau Manukan.Memang puas hati lah.Sapa yang pergi ke Sabah,jangan lupa ke pulau-pulau disana  yer.

Seterusnya waktu malam kami ke pasar filipine untuk makan.Habis dengan ikan bakar,sotong bakar,udang bakar kami bedal,memang puas hati makan disitu.Maseh teringat-ingat aku pencicah belacan yang amat sedap...Aduh bila la bleh pegi ke sana lagi.Rindu pulak rasa hati...Petang balik dari pulau isteriku mengajak kami ke Rumah Terbalik,di Tamparuli.Kalau x silap aku 45 minit dari Kota Kinabalu.Percutian kami sangat padat dengan aktiviti berjalan-jalan sehingga kami berlepas pulang ke Kuala Lumpur jam 10.30 malam dari Kota Kinabalu.Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zul yang menghantar kami ke airport dan kami selamat sampai ke LCCT pada pukul 12.30 tengah malam dalam keadaan penat bercampur gembira.Kami semua amat berpuas hati dengan percutian tersebut dan berharap dapat lagi kembali kesana untuk menakluk Gunung Kinabalu!!!

Di Jeti Jesselton

Rumah Terbalik di Tamparuli

Bersama isteriku menyelam di Pulau Manukan

Pulau Manukan,Sabah dalam ingatan



Comments

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kelahiran...

Kehidupan.....