Posts

Showing posts from April, 2011

Isteri

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya." Begitulah besarnya ha ... rga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan. Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami. Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami be

Sejarah motosikal

Image
Sejarah motosikal bermula apabila manusia cuba untuk memasang enjin pada basikal . Berikutan dengan itulah terhasilnya motosikal pertama di dunia yang digerakkan oleh enjin wap, diikuti dengan motosikal yang menggunakan enjin petrol pada akhir kurun ke-19. Sejak daripada itulah rekaan motosikal terus berevolusi mengikut zaman sehinggalah kepada model-model motosikal terkini yang dapat kita lihat pada hari ini. Motosikal berkuasa petrol terawal dicipta oleh Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach pada tahun 1885. Hanya pada tahun 1894 motosikal mula dijual kepada orang ramai dan model pertama yang dijual adalah Hildebrand & Wolfmüller buatan Jerman . Sejarah awal motosikal bermula di benua Eropah dan Amerika Syarikat , namun pada hari ini industri motosikal sebahagian besarnya dikuasai oleh pengeluar-pengeluar dari Jepun seperti Honda , Yamaha , Suzuki dan Kawasaki . Malaysia juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan motosikal sendiri melalui penubuhan Modenas pada tahun 19

Motosikal

Image
Motosikal adalah sejenis kenderaan berodua dua yang berenjin serta boleh dilesenkan untuk digunakan di atas jalan raya . Sebuah motosikal berupaya membawa seorang penunggang serta seorang pembonceng. Motosikal lazimnya digerakkan oleh enjin petrol kecil sama ada 2 lejang atau 4 lejang dengan kapasiti enjin antara 50 cc sehingga sebesar 2000 cc. Kebanyakan motosikal mempunyai tangki minyak berbentuk air mata di bahagian atas hadapan motosikal antara bar pemegang dan tempat duduk penunggang, tetapi motosikal jenis skuter dan kapcai pula mempunyai tangki minyak di bawah tempat duduk. Motosikal bergerak berasaskan hukum giroskopik sebagaimana basikal. Melalui hukum ini, motosikal hanya akan tegak apabila bergerak. Ketika di selekoh, daya emparan yang terhasil akan menjejaskan kestabilan motosikal, oleh itu penunggang perlu menunggang condong sedikit mengikut arah selekoh bagi mengimbangi daya emparan tersebut. Selain kestabilan, kelemahan utama motosikal ialah tiada perlindungan

Berjauhan

Setiap saat berada di samping isteri adalah idaman setiap suami. Betapa tidak, selalu berada dekat isteri, selain segala kebuntuan seharian di tempat kerja, juga boleh mendatangkan ketenangan batin. Sebagaimana  sabda Nabi  bahawa isteri yang solehah adalah ia yang bila dipandang menyenangkan, bila didekati menenangkan. Hati yang sedang resah dan gelisah, fikiran yang lagi kusut, akan sembuh bila telah dicurahkan kepada isteri tersayang.Senda gurau,gelak tawa dapat melupakan seketika masalah-masalah yg dihadapi dalam kehidupan..

Umat Rasulullah selama 1500 tahun

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun… sekarang sudah 1432 hijrah daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 68 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2079 b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket… Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi… Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi… Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065…. c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007… Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa… . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi

My New World

Hidup aku dan cerita..